Sesi Penyerahan Mock Cheque Sumbangan Ke Tabung Endowmen Universiti Teknologi Malaysia Dari Staf UTM

5 Februari 2025 | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) amat berbesar hati di atas sokongan dan keprihatinan para penyumbang dalam kalangan staf UTM yang bermurah hati memberi sumbangan tunai sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan institusi pendidikan bertaraf global.
Sesi penyerahan mock cheque oleh para penyumbang budiman turut diadakan dalam Majlis Perutusan Naib Canselor ke-8 Tahun 2025 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini melambangkan simbol komitmen bersama dalam memperkasa kewibawaan institusi dan memperkukuh peranan UTM dalam pembangunan ilmu serta masyarakat.
Penyerahan mock cheque bernilai RM216,000 oleh Pengarah Khairi Consult Sdn. Bhd., Dato’ Ir. Mohamad Khairi Ambran, mock cheque bernilai RM13,000 oleh Puan Nur Al-Huda binti Hashim, mock cheque bernilai RM8,000 oleh Prof. Madya Ts. Dr. Harisun Binti Ya’akob dan mock cheque bernilai RM5,000 oleh Prof. Ir. Dr. Sevia Mahdaliza Bt. Idrus Sutan Nameh.